pembuka bicara

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

[Qs Al-Baqarah, 2:216]

Monday, September 17, 2012

Sunnah dakwah utama Rasulullah S.A.W

سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


Sunnah utama Rasulullah ialah Dakwah. Mengapa Dakwah? Kerana dakwah adalah cara untuk mengajak sama ada kembali ke jalan yang berlandaskan islam/mengajak untuk masuk islam. Dakwah adalah untuk muhasabah diri. Dakwah tidak boleh menjadikan diri seseorang itu sempurna, tetapi utk memperbaiki diri. Memperbaiki diri dari negatif ke positif. Insya-Allah.

Dakwah mempunyai pelbagai cara. Tetapi salah satu cara yg berkesan ialah mengikuti cara bagaimana Rasulullah berdakwah. Kerana Baginda adalah kekasih Allah. Bagaimana kita nak tahu sifat Rasulullah? itulah Al-Quran. Sifat Rasulullah semuanya telah tertulis di dalam Al-Quran.Setiap amalan yg diturunkan kepada baginda adalah amalan yg terbaik. No offence for this practice.

"Dan sesungguhnya ketika hamba Allah (Muhammad) berdiri menyembah-Nya (melaksanakan solat), mereka (jin) itu berdesakan mengerumuninya
[Al-Qalam (Qs 72:19)]


Mengapa Nabi diturunkan keatas umat yg jahiliyah? Sedangkan pada masa itu, Rom dan Parsi pun tidak mahu menjajah negara Arab kerana kejahilan umat pada masa itu. Antara kejahilannya ialah:
1) Berjudi dengan menggunakan wanita hamil sebagai pertaruhan.
2) Meminum arak di dalam tengkorak manusia.

Masya-Allah, sungguh teruk sikap orang jahiliyah pada masa itu. Tetapi kalau kita lihat pada zaman sekarang atau dikenali sebagai zaman moden. Serupa sahaja seperti zaman zaman jahiliyah dahulu. Contohnya kes buang bayi, dizaman Rasulullah pun ada kes sebegini.

Mengapa terjadinya sebegini? Kerana masyarakat sekarang tinggal agama, tak amal agama. Apabila usaha ingat-memperingati tidak dibuat.

"Dan tetaplah beri peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.

[Az-Zariyat (Qs 51:55)]


Kita tahu umat-umat terdahulu(sahabat r.a) telah berjaya, bukan setakat berjaya bawa agama, malah Allah meredhai kehidupan mereka sehingga mereka dijanjikan syurga.Mengapa? Kami dengar & kami taat.

Sahabat r.a mengikut sunnah Nabi secara total 100%. Sesiapa yang mengikut sunnah Nabi. Maka mereka juga turut dicintai Allah. Jadi, apabila sahabat r.a mengikut sunnah Nabi, maka mereka berjaya.

Bagaimana suatu ketika bila mana utusan perang telah dihantar oleh Saidina Umar Al-Khattab. Jemaah perang itu berperang, tak menang, tak kalah. Lalu dihantar dua orang wakil utk check apakah sebenarnya yg terjadi kepada jemaah perang ni. Kalau ikut logik akal, orang sekarang pasti check bekalan makanan cukup? bekalan perubatan cukup? bekalan senjata cukup? Tetapi wakil itu check "Apakah sunnah Nabi yang telah mereka tinggalkan" solat saf tidak lurus, mereka tidak bersugi. Maka apabila mereka mengamalkan amalan ini, mereka menang. Alhamdulillah.

Kejayaan hanya dalam agama. Sejauh mana kita taat pada perintah Allah. Dalam sunnah ada kejayaan, luar sunnah tidak ada kejayaan.

Kalau kita lihat sekarang, cara yahudi, cara nasrani nampak moden nampak canggih. Tetapi apakah dengan cara ini, mereka berjaya di akhirat? Tidak, malah membawa kepada kegagalan sehinggakan apabila kita hendak melakukan amalan sunnah Rasulullah pun terasa janggal. Kerana suasana orang kafir di dalam Islam terlalu banyak. So, kita sebagai umat Islam must create the environment of Islam.

Semua masalah dalam umat ini, Nabi SAw telah tunjuk cara penyelesaiannya. Kita sepatutnya mengikuti hanya sunnah Nabi SAW sahaja. Tak perlu ikut-ikut cara lain. Kita dah ada cara kita sendiri, Insya Allah.


Agama mula bergerak dalam umat jahiliyyah dulu dengan dakwah Nabi. Satu persatu Nabi S.A.W jumpa, dan ajak mereka beriman kepada Allah S.w.t dengan mengucaplah LA ILA HA ILLA ALLAH, Nescaya kamu berjaya. Dan satu lagi yang ulama' kita bagitahu, yang mana hari ni orang tak tau, adalah "usaha atas iman"

Sahabat2 r.a usaha atas iman, mereka muzakarah tentang iman,muzakarah cakap kebesaran Allah. Satu sahabat r.a jumpa sahabat r.a yang lain, salah serang berkata "mari kita beriman sebentar".

Pada zaman dulu, Nabi SAW bertanya "bagaimana iman kamu hari ini?". Yang kita pada hari ini, kita selalu tanya, "sihat ke dok harini?". Sungguh jauh perbezaan kalau kita dapat lihat. Dalam masjid Nabawi Di zaman Nabi SAW, adanya halaqah-halaqah iman,halaqah cakap kebesaran Allah.


Dalam Al Quran telah menyebut "Wahai orang beriman, berimanlah kamu"

"Tajdidu imanuka bi LailahaillaAllah"

Perbaharuilah iman kamu dengan banyak mengungkapkan kalimah LailahaillaAllah


Ulama' kita kata, kita kene muzakarahkan kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH. Maksudnya, kena ceritakan tentang kebesaran Allah, keagungan Allah, bukannya ceritakan tentang kebesaran dunia/makhluk tapi ceritakan tentang kebesaran Allah. Allah yang menjadikan. Allah yang menciptakan, Allah yang mentadbir alam ini. Makhluk tidak berkuasa, yang berkuasa hanya Allah SWT. Bagaimana makhluk hendak berkuasa sedangkan makhluk itu sendiri telah dijadikan oleh Allah.

Muzakarah iman perlu dibuat. Bila mana muzakarah iman dibuat, maka iman akan meningkat dan mudahnya datang amal Insya Allah. Biasanya kita selalu doa mintak iman tapi usaha atas iman tak dibuat. Memang takkan dapat. Cuma dengan usha dan doa InsyaAllah jika Allah perkenan dapat lah. Kita berusaha bukan dengan berzikir sahaja, tapi menceritakan mafhum kalimah bawaha Allah SWT yang berkuasa , mahkluk tiada kuasa. Ceritakan kat ayah ibu kita, kawan2 kita, adik2 kita, ceritakan Allah SWT sahaja yang berkuasa, mahkluk tiada kuasa. Ceritakan bahawa Allah lah yang menciptakan segala-galanya. Insya Allah dengan ini, barulah iman kita akan meningkat, yakin kita betul pada Allah Insya Allah.

"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.

Wednesday, August 15, 2012

Assalammualaikum

Sejauh manakah kita umat akhir zaman ini menyedari hal ini. Antara yang “nampak berat” dan yang “nampak ringan”.

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.” Riwayat Ibnu Majah.